10 perkara bukti si jejaka itu rumit
1. Jika kamu melayannya dengan baik, si dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak kamu dianggap olehnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tiada IQ yang tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia akan kata kamu lebih pintar.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu menyintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu menceritakan masalah kamu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia menuduh kamu tidak mempercayainya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk menjaga hati kamu sendiri.
10. Jika kamu membantunya membuat sesuatu pekerjaan atau perkara pasti si dia akan menganggap kamu tidak mempercayai dirinya boleh menyelesaikan secara sendirian. Ops! Lelaki memang terkenal dengan sikap EGO dan sebolehnya memang sukar untuk dia membuka mulut untuk meminta bantuan dari seorang perempuan. Jadi, tidak perlulah kamu bersusah-payah membantunya kecuali dia yang meminta kamu berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment